PENTINGNYA ANTIOKSIDA UNTUK TUBUH KITA



Oksigen penting kepada manusia. Tanpa oksigen, manusia akan mati. Namun tahukah anda, oksigen berlebihan dalam tubuh juga boleh mengundang maut? Apakah kaitan radikal bebas dengan antioksida kepada tubuh manusia?

Apabila kita makan, proses pembakaran makanan akan berlaku dalam sel badan  untuk  menghasilkan tenaga. Proses pembakaran inilah yang menyebabkan radikal bebas terhasil. Mengapa radikal bebas berbahaya? Sebagai kiasan, cuba kita bayangkan yang kita sedang duduk di hadapan unggun api. Jika unggun api ini tidak dikawal, ia akan membesar dan percikan apinya akan membakar benda di sekelilingnya. Semakin besar api yang terhasil, maka semakin besar jugalah kawalan pelindung api yang diperlukan untuk mengawal api. Begitu juga halnya dengan tubuh kita yang memerlukan pelindung. Pentingnya antioksida kerana ia bertindak sebagai pelindung tubuh kita daripada radikal bebas. Semakin banyak tubuh kita terdedah kepada radikal bebas, semakin banyak juga antioksida yang diperlukan oleh tubuh. Antioksida diperoleh daripada nutrien dan enzim dalam makanan. Kita bernasib baik kerana Tuhan menjadikan tubuh kita, secara semulajadi dapat menangani masalah hasil terbitan oksigen aktif yang dikenali sebagai radikal bebas (free radikal) ini. Keadaan ini membolehkan tubuh kita memaksimum kegunaan oksigen untuk kekal hidup dengan sihat.

Radikal bebas bukan sahaja berlaku dalam tubuh manusia tetpi juga terdapat dalam sumber luar seperti asbut, tekanan emosi dan fizikal, racun serangga, asap kenderaan, kilang, pencemaran, asap rokok, makanan yang dibakar/dipanggang dan makanan yang banyak minyak. Walaupun kita mungkin tidak terdedah secara langsung kepada sumber radikal bebas dari luar tetapi sistem metabolisme  tubuh juga sentiasa menghasilkan radikal bebas. Oleh sebab itu, kita memerlukan pelindung, iaitu antioksida.

Bagaimana Radikal Bebas Memudaratkan kita?

Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60 trilion sel. Sel membran amat mudah rosak apabila radikal bebas terhasil dalam tubuh kita. Apabila sel membran teroksidasi, lipoperoksid akan terhasil. Lipoperoksid ini dipanggil 'karat'. Apabila sel membran 'berkarat', fungsinya akan lemah dan akan menyebabkan sel membran lain di sekelilingnya juga 'berkarat' dalam satu tindak balas berantai. Ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan penyakit mula menyerang tubuh.

Apabila usia kita meningkat, tisu dan organ dalam badan juga mengalami proses penuaan. Ini lumrah kehidupan. Terdapat pola perbezaan bagi setiap individu. Misalnya, individu yang berusia 70an dan sihat mungkin masih aktif dan cergas berbanding dengan individu yang mengidapi pelbagai penyakit walaupun baru berusia 40an. Mengapa hal ini terjadi?

Menurut kajian, proses penuaan dan terjadinya pelbagai penyakit berkait dengan radikal bebas atau oksigen aktif dalam sel tubuh. Radikal bebas menyebabkan sel-sel akan teroksidasi dan mengalami hilang upaya. Apabila tindak balas oksidasi berlaku, proses penuaan akan terjadi dengan pantas (tubuh kehilangan daya tahan penyakit) dan tubuh akan mudah mendapat penyakit.

Simpton/Penyakit yang Dikaitakan dengan Radikal Bebas/Oksigen Aktif

* Arteriosclerosis (arteri tersumbat)
* Barah, Gout
* Emphysema
* Nephritis
* Katarak
* Tekanan Darah Tinggi, Diabetes, Jantung
* Hiperlipemia
* Pendarahan Selebral
* Ulser Perut, Pancreatitis, Alahan
* Rheumatisme, ALzheimer
* Jeragat, Kedutan, Kulit Kendur dll




No comments: