Kenali Penyakit Kardiovaskular/Penyakit Jantung

Penyakit kardiovaskular ialah penyakit yang disebabkan oleh gangguan aliran darah ke semua organ dalaman badan.Jika berlaku kerosakan terhadap jantung dan saluran darah,  tekanan darah akan meningkat dan penghantaran oksigen ke darah dan sel berkurangan. Ini akan mengakibatkan kita boleh menderita sakit jantung yang kronik, strok dan penyakit lain yang berkaitan.

Jantung merupakan organ yang paling penting kerana fungsi mengepam darah ke dalam paru-paru yang sudah dipertingkatkan dengan oksigen daripada pernafasan. Darah ini akan dihantar ke organ dan sel yang mana semua nutrien dan oksigen akan diserap.

Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80, iaitu 120 bagi tekanan systolic dan 80 bagi tekanan diastolic. Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita tidak mempunyai tekanan darah normal disebabkan kandungan kolestrol di dalam badan yang tinggi, kesan daripada  pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif. Apabila kolestrol tinggi, arteri dan saluran darah mengecil kerana pengumpulan lemak dan kolestrol di dalam saluran arteri.Lama-kelamaan, tekanan darah semakin tinggi (hypertension) Jika keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan penyakit angina pectoris yang memberi rasa sakit disebabkan otot jantung kurang mendapat oksigen. Pengumpulan kolestrol dan lemak yang menebal dalam saluran darah atau jantung  akan menyebabkan saluran darah tersumbat sepenuhnya. Jika ini berlaku, kita akan menghadapi serangan sakit jantung dan ia boleh membawa maut.


MENGHINDARI PENYAKIT JANTUNG/PENYAKIT KARDIOVASKULAR LAIN

Tip 1: Cara pemakanan dan diet
Ambil makanan yang berasaskan sayur, ulam, buah, kabohidrat kompleks dan juga protein daripada ikan, dan kacang soya. Kurangkan pengambilan daging, ayam, junk food dan fast food. Dengan cara pemakanan seimbang dan holistik, pengumpulan kolestrol dan lemak dalam salur darah dapat dielakkan. Ini akan membantu memastikan tekanan darah berada pada paras normal, iaitu 120/80.

Tip 2: Elakkan stress melampau
Stress  yang melampau akan menyebabkan  tekanan kepada jantung dan pengeluaran hormon adranelin yang kerap. Akhirnya, jantung lemah dan saluran arteri menjadi keras (arterioklorosis). Kita perlu mengawal  dan memahami tekanan untuk memastikan tahap tekanan tidak terlalu tinggi. Emosi yang tidak seimbang, tekanan kerja dan gaya hidup moden yang tidak sihat akan memberi kesan kepada kesihatan jantung. Kita perlu mencari ketenangan dan ketenteraman rohani, emosi, mental dan fizikal. Jangan bekerja 'mencari dunia sampai mati'. Dengan mengurangkan tekanan, insya-Allah, hidup  akan lebih sihat.

Tip 3: Bersenam
Hampir semua pesakit jantung mempunyai gaya hidup yang tidak sihat, kurang bersenam/beriadah. Untuk menjaga kesihatan, anda boleh berjoging, berenang, beraerobik dan  bersukan seperti bermain badminton, bola sepak dan sepak takraw. Berjalan cepat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu  selama 45 minit setiap sesi boleh membantu jantung bekerja dengan cekap dan menguatkan otot-otot jantung. Untuk mendapatkan kesan positif, senam perlu dilakukan ecara konsisten. Jika tidak, ia akan memberi tekanan kepada otot dan organ. Jauhi tabiat merokok, mengambil minum keras, berada dalam persekitaran dan sebagainya untuk memastikan kesihatan kardiovaskular.

Pengidap darah tinggi berkemungkinan juga mengidap penyakit jantung, diabetes dan penyakit kronik yang lain. Di Malaysia, penularan penyakit darah tinggi sudah menjadi satu epidemik sehingga remaja belasan tahun juga mempunyai masalah darah tinggi. Penyakit darah tinggi dianggap silent killer kerana pada peringkat awal, penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang boleh kita sedari. Ramai pesakit darah tinggi yang tidak membuat pemeriksaan kesihatan menghadapi masalah strok dan serangan jantung secara tiba-tiba. Mereka yang meninggal  dunia tanpa menyedari mereka mempunyai  masalah darah tinggi. Kita sering mendengar berita seseorang yang sedang berjoging, tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia. Jika tekanan darah anda melebihi 140/90, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sebab-sebab kemungkinan peningkatan darah tinggi tersebut.

MENGELAKKAN MASALAH DARAH TINGGI

Tip 1: Amalkan gaya hidup sihat
Kurang berat badan ke paras ideal. Jika kita obes, ketidakseimbangan metabolisme glukos akan menyebabkan perubahan hormon yang akan menyebabkan darah tinggi. Dalam banyak situasi, orang yang dapat menurunkan berat badan ke paras ideal, tekanan  darah dapat diturunkan ke paras secara automatik.

Tip 2: Beriadah
Beriadahlah berterusan 3 kali seminggu. Riadah seperti senamrobik, misalnya dapat menguatkan         jantung dan membolehkan darah dipam dengan lebih berkesan. Ia juga dapat membaiki saluran         darah supaya lebih fleksibel dan tidak tersumbat. Jenis riadah lain yang boleh dilakukan ialah         berjalan, berenang dan berbasikal.

Tip 3: Omega 3
Ambil makanan yang padat dengan Omega 3.  Kajian saintifik menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan seperti salmon, tenggiri, baung, hering, kelia dan ikan lain yang mengandungi Omega 3 dapat mengurangkan masalah darah tinggi. Membanyakkan makan ikan menggantikan daging dapat mengurangkan strok sebanyak 13%. Guna minyak yang lebih sihat seperti minyak zaiton, flaxseed dan minyak kelapa dara untuk mengurangkan masalah darah tinggi.

ELAKKAN:

1. Garam berlebihan
Kajian menunjukkan bahawa  pengambilan garam kurang dari 800 gm sehari dapat mengurangkan kadar tekanan darah tinggi sebanyak 15%. Kurangkan kadar sodium dengan mengambil makanan yang  padat dengan potasium seperti buah pic, aprikot, tembikai susu, pisang dan buah yang lain. Dengan keseimbangan kadar potasium dan sodium dalam darah  akan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi kepada 5% - 10% dalam masa 4 minggu.

2. Elakkan minuman beralkohol dan kopi yang padat kafein
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam keadaan tertekan boleh menyebabkan sakit jantung dalam jangka panjang. Untuk minuman, kita boleh tukar kepada minuman herba seperti teh misai kucing, teh misai kucing hembpedu bumi dan teh hijau yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.


bersambung pada artikel seterusnya....
artikel sambungan: TIPS UNTUK MENGELAKKAN SAKIT JANTUNG DAN DARAH TINGGI


No comments: