(sambungan...)


TIP UNTUK MENGELAKKAN SAKIT JANTUNG

Tip 1: Kurangkan kolestrol 
Punca utama yang menyebabkan saluran jantung dan darah menjadi sempit adalah kerana penimbunan kolstrol dalam salur darah. Tukarkan diet kepada masakan stim atau digoreng tanpa minyak untuk mengurangkan kolestrol. Ambil makanan banyak serat seperti Colonkleen  untuk menyahkan kolestrol beserta dengan LeanMaxx untuk mengurangkan berat badan dan Bioyouth  yang mengandungi kolagen untuk mengelakkan kerosakan salur darah. Cara yang paling mudah untuk mengtasi masalah kolestrol adalah dengan mengamalkan minum Teh Misai Kucing, Teh Misai Kucing Hempedu Bumi, Teh Cina, Teh Hijau dan teh herba lain. Teh jenis ini mengandungi polyphenols yang dikenali sebagai theaffkavins  yang dapat mengurangkan kolestrol dalam darah. Menurut kajian saintifik, orang yang mengamalkan minum teh herba dapat mengurangkan lemak kolestrol LDL sehingga 11%. Lemak LDL merupakan punca utama saluran jantung dan darah tersumbat.

Tip 2: Ubah pemakanan:
Banyakkan pengambilan makanan berasaskan sayur, buah dan ulam. Kajian yang dijalankan di  lebih 52 buah negara menunjukkan pengambilan makanan berasaskan sayur dan buah dapat dapat mengelakkan sakit jantung pada kadar 30%. Kajian juga menunjukkan bahawa jika makanan kita mengandungi lebih 50% buah dan sayur, 30% bijirin seperti nasi, roti dan lain-lain dan kurang 20% berasaskan protein seperti daging, ayam, udang dan sebagainya, dapat menjauhi serangan penyakit jantung. Cubalah diet mediteranean yang banyak berunsurkan buah, sayur, bijirin (ambil kurang) dan minyak zaiton.

Tip 3: Kurang lemak di bahagian perut
Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai banyak lemak di sekeliling pinggang menghadapi risiko kematian yang tinggi disebabkan sakit jantung. Lebih banyak lemak di kawasan perut/pinggang bermakna, maka lebih tinggi risiko kita mendapat penyakit jantung. Kurangkan kadar pengambilan makanan  lebih minyak dan kabohidrat (seperti nasi dan roti). Kabohidrat yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan berkumpul di sekeliling pinggang dan perut. Amalkan senaman/riadah sekurang-kurang 45 sehari. Ini akan mengurangkan kadar kolestrol LDL dalam darah dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Tip 4: Ambil makanan banyak antioksida
Antioksida seperti Vitamin E, C, CoQ10 dan Astaxanthin daripada rumpai laut jenis heamatoccocus pluvialis dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Produk Dr Azimuth seperti Gamatmaxx dan makanan tambahan yang mengandungi astaxanthin daripada haematoccous pluvialis dapat meningkatkan keupayaan sel-sel menayhkan radikal bebas dan meningkatkan matabolisme tubuh. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang menggunakan CoQ10 dan Astaxanthin dapat mempercepat kadar pemulihan serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

NUTRIEN PELINDUNG JANTUNG

1. Omega3 - asid lemak politaktepu yang banyak terdapat pada ikan di kawasan air sejuk seperti solomon, sardin dan mackeral.

Omega 3 boleh membantu:
- menurunkan paras kolestrol
- mencegah penggumpalan darah dan pembentukan plak
- meningkatkan kolestrol baik HDL
- menurunkan tekanan darah tinggi
- melancarkan peredaran darah dalam pembuluh darah

Disyorkan: ambil Omega3 paling sedikit 1000mg sehari

2. Beta Karoten - provitamin A yang melindungi kolestrol LDL daripada dioksidasi dan mencegah  pembentukan zarah oksidan yang merosakkan dinding sel pembuluh darah. Antara sumber Vitamin A ialah Astaxanthin yang juga daripada kumpulan karotenoid dan tumbuhan berwarna merah, kuning dan oren. Astaxhantin yang paling tinggi adalah daripada mikroalga haemotoccocus yang banyak terdapat dipersekitaran laut. Selain daripada sumber aktiviti provotamin A, Astaxhantin  juga mempunyai  kuasa antiokasida  yang lebih kuat berbanding Vitamin E  mahupun Beta Karoten.

3. Vitamin E - vitamin yang paling penting untuk menentang penyakit kardiovaskular. Ia bertindak menyekat pengoksidaan pada sel berlemak.Seperti juga Beta karoten, Vitamin E juga bertindak melindungi kolestrol LDH daripada dioksidasi dan mencegah penimbunan plak pada dinding arteri. Vitamin E juga dapat meningkatkan kolestrol HDL dalam darah,  mencegah pelekatan platelet dan merangsang pengeluaran prostacylin.

Vitamin E dan selenium berfungsi secara sinergi dalam tubuh dan ia sepatutnya diambil secara bersama. Disyorkan pengambilan Vitamin E sebanyak 500mg-1000mg sehari.

4. Vitamin C - antioksidan larut air. Vitamin C berfungsi untuk:
- membantu menurunkan paras kolestrol
- membantu memulihkan tisu penyambung
- memperkuat sel dinsing pembuluh darah
- melancarkan peredaran darah

5. Vitamin B Kompleks - terutamanya piridoksin (B6), asid folik (B(9) dan kolobamin (B12) diperlukan untuk mengenyahkan homosisteina. Peningkatan paras homosisteina  dalam darah akan memberi kesan toksik kepada arteri koronari. Orang yang mempunyai paras homosisteina yang tinggi berpotensi mendapat sakit jantung sebanyak 30%.

Disyorkan pengambilan asid folik sebanyak 800-1000 mikrogam, kobalamin 400mikrogram dan piridoksin sebanyak 50 miligram untuk mengekalkan paras homosisteina  pada kadar normal.

5. Kalsium - Diperlukan untuk membalut lebihan lemak yang terdapat pada usus kecil untuk disingkirkan keluar.Kita memerlukan kalsium 1000mg sehari untuk melindungi jantung dan salur darah

6. Magnesium - boleh menterbalikkan penyakit jantung. Boleh mengendurkan salur darah , mengurangkan sakit dalam dada (angina) dan membantu menurunkan tekanan darah. Disyorkan penambahan magnesium sebanyak 400-800mg dalam makanan tambahan setiap hari.

7. Co-enzyme Q10 (CoQ10) - menyerupai vitamin, hadir dalam sel tubuh dan penting bagi kebanyak benda hidup. CoQ10 merupakan antioksida semulajadi yang bertindak melindungi sel daripada rosak akibat oksidasi radikal bebas.  Juga menghalang kolestrol LDL daripada dioksidasi dan melindungi dinding pembuluh darah daripada rosak, membantu meningkatkan tenaga, mempercepat  pemulihan dan kelemahan otot untuk membolehkan jantung mengepam darah dengan lebih cekap dan berdenyut berterusan.

Disyorkan pengambilan CoQ10 sebanyak 90-180mg sehari (dibahagikan kepada 3 kali pengambilan) untuk mencegah penyakit jantung.

8. OPC (Oligomeric Proanthocyanidin) - antioksida flavonoid yang dihasilkan daripada pati anggur. Kekuatan antioksida OPC lebih besar daripada vitamin E dan C. OPC berupaya:

- melindungi kolestrol daripada dioksidasi
- mengembalikan keanjalan didning pembuluh darah
- mencegah platelet daripada saling melekat dan menghalang penggumpalan darah serta pembentukan plak pada dinding pembuluh darah

9. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)
Menurut Patrick Quillin, RD, PhD (Pengarah Institut Perubatan Rasional, Tulsa, Oklahoma) cuka epal boleh menghancurkan plak steri . Ia juga berupaya  menurunkan kolestrol. Disyorkan mengambil cuka epal sebanyak 1 sudu teh, 3 kali sehari.



Ok, semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat kepada semua.








No comments: