RUMPAI LAUT VS KOLAGEN


RUMPAI LAUT VS KOLAGEN

RUMPAI LAUT BUKAN KOLAGEN? TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT? Kita mungkin menidakkan kenyataan ini  kerana kesan kebaikan rumpai laut terhadap kecantikan kulit kita tetapi itulah hakikat yang harus kita terima. Kajian para saintis setakat ini mengesahkan bahawa TIADA KOLAGEN DITEMUI DALAM RUMPAI LAUT. Namun begitu, para pengkaji menemui banyak khasiat lain dalam rumpai laut. 

Jom kita baca, apa itu rumpai laut dan apa pula yang dikatakan kolagen?

RUMPAI LAUT atau SEAWEED di dalam Bahasa Inggeris, merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara terapung di laut. Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam tumbuh-tumbuhan. Rumpai laut tidak harus disamakan dengan rumput laut, iaitu tumbuhan vaskular. Para psikologi lebih gemar mengguna pakai terma "alga marin" daripada "rumpai laut". Rumpai laut terdiri dari beberapa kelompok alga pelbagai cellular seperti alga merah, alga hijau, dan alga perang. Ia bersifat mikroskop, multisel dan makrotalik dibandingkan dengan kebanyakan alga lain. Rumpai laut juga dikenali sebagai ‘rumpai garam’ semenjak zaman dahulu. Orang Cina memanggilnya 'Shanhu Cao' disebabkan bentuknya menyerupai terumbu karang. 

 



BOLEH MAKAN & PERUBATAN
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan spesies (dipecahkan kepada 3 jenis, iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Tumbuhan ini hidup di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (ia bersifat ringkas), rumpai laut memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya rumpai laut sering kali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu. 

Rumpai laut digunakan secara meluas sebagai makanan oleh masyarakat pesisir pantai, terutamanya di Asia Timur, seperti China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam, bahkan juga di Indonesia, Peru, Canadian Maritimes, Scandinavia, Ireland, Wales, Philippines, dan Scotland. Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi di samping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mirip seperti bayam. 
Rumpai laut mula-mula dijumpai kerana nilai kesihatan dan gizi yang diperolehi pada 2000 tahun dahulu. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Untuk sekurang-kurangnya 1,500 tahun, Jepun telah menghasilkan  campuran ikan mentah, pulut , dan bahan-bahan lain dalam rumpai laut yang dikenali sebagai ‘ Nori’ . Hasinya ialah  ‘roll sushi’ yang lazat. Bahkan mereka pernah menjadikan rumpai laut sebagai  penghargaan yang dikhaskan (makanan berkhasiat)  kepada Maharaja Cina.
Orang  Rom purba pada beribu-ribu tahun lalu menggunakan rumpai laut sebagai agen antiradang dan antimikrob  untuk merawat luka, terbakar, dan ruam. Bukti anekdot juga menunjukkan bahawa orang Mesir purba mungkin telah menggunakan rumpai laut sebagai rawatan untuk kanser payudara.
Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).
Rumpai laut mengandungi vitamin, mineral dan serat, dan boleh menjadi lazat.
- Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam.

- Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu.
- Kalsiumnya adalah 37 kali lebih baik dari hati ikan.

- Nilai PH rumpai laut adalah 7.6 – adalah sangat tinggi serat makanan beralkali.

- ia sangai kaya dengan nilai gizi makanan yang sangat baik.

- sesuai untuk vegetarian dan orang tua yang memerlukan suplemen gizi.

- Ia juga dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh dan fungsi hati, usus saluran tubuh dan   

  perut dibersihkan, berat badan yang ideal, perut bahagian bawah dan punggung akan s

  secara signifikan lebih kecil.

- Rumpai laut kaya dengan besi dan kalsium.


Tumbuhan marin 'serba boleh' juga telah menyumbang ke arah  pertumbuhan ekonomi. Antara banyak kegunaannya adalah dalam bidang pembuatan. Rumpai laut merupakan agen yang berkesan untuk ‘mengikat’ ( pengemulsi ) dalam barangan komersial seperti ubat gigi dan buah-buahan jeli, dan pelembut popular ( emolien ) dalam kosmetik organik dan produk penjagaan kulitRumpai laut juga digunakan oleh petani dan peladang sebagai  baja rumpai laut.

Dalam industri biofarmasi dan farmaseutikal, alginat digunakan pada pembalut luka dan penghasilan acuan gigi serta beberapa peneparan lain. Carrageenans, alginates dan agaroses (yang ketiga adalah disediakan daripada agar-agar melalui penulenan), bersamaan dengan macroalgal polysaccharides lain yang kurang dikenali, juga mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti penting biologikal atau penerapan dalam biofarmasi.  Kajian menunjukkan bahawa rumpai laut ada sifat-sifat penyembuhan untuk tuberkolosis, artritis, demam sejuk dan selsema, ubat cacing dan juga tumor

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids, iaitu agar, alginates dan carrageenanHydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). Hydrocolloid telah mendapatkan kepentingan perdagangan, terutamanya dalam pengeluaran makanan sebagai food additivesAlginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kuih agar-agar. Agar digunakan dalam makanan sebagai konfeksinari, produk makanan, pencuci mulut dan minuman dan makanan beracuan. Carrageenan digunakan dalam penyediaan  ulam dan sos, makanan dietetik, dan sebagai perasa tambahan pada produk daging dan ikan, produk tenusu dan barang bakar. Alginates bukan sahaja mempunyai kegunaan yang sama dengan carrageenan, tetapi juga digunakan dalam pengeluaran produk industri seperti coating kertas, pelekat, inai, jel dan eksplosif dan dalam produk pemerosesan seperti kesaizan kertas, pencetakan tekstil, hydro-mulching dan drilling.


     
Di Malaysia, rumpai laut dikulturkan di Sabah secara kormesial. Rumpai laut yang dihasilkan di Sabah merupakan rumpai laut yang paling berkualiti jika dibandingkan dengan rumpai laut di rantau lain. Umumnya, rumpai laut Sabah terdiri daripada dua jenis, iaitu kappaphycus alvarezii  (eucheuma cottonii) dan eucheuma denticulatum dan yang paling banyak digunakan dalam industri makanan, perubatan dan kecantikan ialah kappaphycus alvarezii. Rumpai laut berfungsi seperti  binder, emulsifier dan penstabil disebabkan kandungan karagenannya yang tinggi. Terdapat beberapa jenis rumpai laut yang dikomersialkan dan yang paling banyak ialah rumpai laut berwarna kuning (Grade AA) dan rumpai laut warna ungu (Grade AAA).

                                         


Warna cerah bermaksud  bermaksud kualiti dan jumlah gizi berada pada tahap sederhana serta tinggi kandungan air. Warna gelap seperti ungu memiliki potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik. Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protein, vitamin dan zat galian yang amat tinggi serta kandungan air yang besar. Rumpai laut warna ungu merupakan antara pilihan utama masyarakat Cina sejak sekian lamanya dalam penyediaan juadah seperti sup. Ia memiliki kandungan khasiat yang amat tinggi  berbanding dengan rumpai kuning emas dan kelabu. Ia terlebih dahulu diternak di negara Jepun sebagai makanan ruji kaum penduduk di sana. Warna gelapnya mengandungi kandungan vitamin dan pelbagai lagi bahan berkhasiat yang sangat tinggi daripada semua keluarga rumpai.

Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur, Universiti Putra Malaysia menegaskan bahawa makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi mineral, asid amino, beta-karoten dan protein yang tinggi yang membantu mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit.

                                            

Rumpai laut hijau caulerpa rasemosa mengandungi protein yang tinggi, iaitu 11.16% berbanding bunga kubis (1.8%). Rumpai laut merah kappaphycus sp mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia merupakan sumber bahan mentah untuk pengektrakan karagenan, iaitu kandungan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap kolagen oleh pengguna rumpai laut. Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar kerana kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan yang tinggi untuk membentuk gel.

KHASIAT & FAKTA MENARIK RUMPAI LAUT
1.  Iodin yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekali gus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).

2.   Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat asid. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini ialah Onigiri dan Sushi.

3.  Kenapakah sifat alkali dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan oleh kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai khasiat di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan pula rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral di dalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.

4.  Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

5.   Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolesterol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6.     Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semula jadi melalui tahi.

7.     Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8.     Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap di pinggir pantai, sejak berzaman lagi.

9.  Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16%.

10.Di New York, kajian baru menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

13. Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut     
      mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit 
      ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu 
      mengatasi masalah keradangan kulit.

KEBAIKAN RUMPAI LAUT

·     Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
·      Merendah kolesterol & baiki peredaran darah
·      Buang toksin & bahan radikel bebas
·      Mencegah kanser
·      Mengandungi alginate yang dikatakan mampu
·      Meningkatkan metabolisme
·      Meminimum peningkatan berat badan
·      Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
·      Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu
·      Merangsang tenaga & kecergasan mental
·     Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan 'hot flushes' pada wanita menopaus
·     Dikatakan berkesan merawat sakit jantung
·     Sisa tapisan dari air rebusan boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
·     Menguat sistem keimunan,sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
·     Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
·     Mengurangi selulit
·     Mengurang sakit bahu & belakang
·     Merawat gout
·     Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
·     Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
·     Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit,
·     Menyembuhkan luka
·     Memberikan rasa kekenyangan (diet)

Lydia Sarfati, pemilik syarikat rumpai laut New York, menerangkan kepada CBS bahawa rumpai laut mampu menyahtoksidkan dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudharat kepada kulit. 

Dr Jebra Jaliman, Pakar Dermatologi New York pula berkata, rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksida yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C selain mampu mengatasi masalah radang kulit.

Laman Berita CBS New York dalam laporan kajian baru mereka menjelaskan bahawa rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan membaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik, dan bukannya rumpai laut yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.


Walaupun rumpai laut bukan kolagen tetapi khasiat yang terdapat di dalamnya mampu membantu mengekalkan dan mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia.  Oleh itu, pengambilan rumpai laut dapat membantu menjadikan kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda mendapat khasiat seperti makan sayur-sayuran walaupun anda terpaksa membayar lebih untuk mendapat khasiat yang terdapat di dalam sayur-sayuran.


Note:

Meskipun berkhasiat, namun rumpai laut  tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan 
berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodin. Rumpai laut yang sudah
busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ia beracun dan boleh mengakibatkan
muntah dan cirit birit.


KOLAGEN

Apa itu KOLAGEN? Perkataan 'kolagen'  berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'pelekat' (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat). Kolagen ialah struktur protein yang paling banyak terdapat di dalam tubuh. Ia merupakan komponen utama dalam semua tisu penghubung (dipanggil tali serat kolagen), bekerja bersama-sama dengan keratin untuk memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kepada kulit dan  membina sel-sel dan tisu badan. Kolagen disusun dalam tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
                                                  
Kolagen membentuk 30% daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan kita. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi,  gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 



Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah daripada jenis kolagen I, II, III dan 1V.

·    Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama        tulang) dan gigi                                                                                                                                      ·   Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata                                                     ·  Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong    dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim                                 ·   Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga      dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior    pembuluh darah.                                                                                                                                    ·  Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN

·  menghasilkan asid amino  penting seperti : 

 - lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu      penyokong, da n untuk mengawal fungsi sel.

 hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -  melembapan  kulit.

alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit     lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.

·    mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

·    melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .

·    menegang,menganjal dan melembapkan kulit.

·    menampung air dalam tubuh.

·    meningkatkan penyerapan kalsium.

·    menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

·    meningkatkan isyarat induksi

·    menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

 

 KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

 

·        memelihara ketegangan dan keanjalan kulit

·        memelihara kelembapan kulit

·        menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang

·        menguatkan otot dan tulang

·        membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)

·        memelihara  kelenturan sendi

·        mengurangkan keradangan(inflammation)

·        memberi tenaga

·        membantu pola tidur

·        memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf



                              


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun, bermula pada usia 20 tahun. Kesan penurangannya semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.




Penurunan /Pengurangan kolagen ditunjukkan dengan tanda kemunculan garis-garis halus pada kulit dan secara beransur-ansur berkembang menjadi kedut.  Menurut satu artikel di dalam British Journal of Dermatology (Vol 93, Issue 6), semakin usia kita meningkat, kulit kita juga akan kehilangan kolagen yang menyumbangkan ketebalan dan ketumpatan kulit. Wanita mempunyai jumlah kolagen  yang lebih rendah daripada lelaki pada semua peringkat umur. Oleh itu, makanan tambahan kolagen yang menjanjikan bukan sahaja untuk memulihkan keanjalan kulit dan meremajakan semula kulit, tetapi kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk melegakan pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis, otot, mengurangkan lemak dan melebatkan rambut dan menguatkan tulang, otot dan kuku  dan sebagainya selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 

Tanda-tanda Penuaan:

·        kulit kusam

·        tak bermaya

·        tiada seri

·        kulit kedut dan mula kendur

·        pigmentasi kulit 

·        cepat letih dan lesu

·        sakit badan dan sendi

·        mudah lupa

·        kurang penglihatan



Pengambilan produk mengandungi kolagen merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan kulit.




No comments: