Adakah saya pengidap diabetes (sambungan)

sambungan daripada artikel sebelumnya...


Diabetes Jenis 3

Biasanya berlaku semasa mengamdung dan hilang selepas bersalin. Bahaya diabetes ini adalah, jika tidak dikawal, ia boleh mengancam keselamatan bayi yang dikandung dan mengakibatkan bayi membesar dengan berat badan berlebihan.

Tanda-tanda kehadiran diabetes

Diabetes, terutama diabetes jenis 2 kemungkinan berlaku tanpa disedari dan tiada tanda awal. Tanda yang paling awal yang dapat dikesan ialah rasa kehilangan tenaga dan cepat letih. Sesetengah daripada kita menyangkakan keadaan ini disebabkan kuat bekerja  atau kerana usia yang semakin meningkat.

* Kerap membuang air kecil (polyuria) terutama waktu malam
* Kerap dahaga (polydipsia) - disebabkan banyak glukos dibuang (dikumuhkan) dan banyak
   kehilangan cecair di dalam badan
* Nafsu makan meningkat (polyphagia)- gula yang berlebihan di dalam darah tidak dapat memberi  
   sumber tenaga terutamanya kepada sel-sel.
* Kehilangan berat badan - dalam tempoh yang lama meskipun makan dalam jumlah yang banyak.
   kerana badan akan menggunakan protien sebagai sumber tenaga sehingga berlaku komplikasi  
   ketoasidosis, iaitu hasil daripada lebihan sisa metabolisma berasaskan protien dan lemak dan lemak
   yang tinggi.
* Kekerapa jangkitan kulit - perubahan persekitaran badan memberikan banyak peluang kepada
   agen jangkitan (bakteria, virus dan kulat) menembusi kulit.
* Pemandangan yang kabur disebabkan terganggunya pembuluh darah yang kecil di dalam mata
   yang mengakibatkan saraf retina mengalami kerosakan.
* tangan dan kaki berasa kebas
* luka dan kudis lambat sembuh

Mengawal kadar gula dalam darah

Gunakan alat kawal darah, Blood Sugar Meter yang boleh dibeli di farmasi untuk menguji  kandungan gula dalam darah untuk membantu kita mengawal dan merancang penjagaan makanan. Dengan cara ini, kita akan dapat mengurangkan risiko komplikasi seperti serangan strok, jantung, rabun, kerosakan buah pinggang dan mati pucuk.

____________________________________________________________
Kadar gula dalam darah                    Risiko Komplikasi Diabetes
____________________________________________________________
22.2 mmol/L -24.4 mmol/L                  sangat tinggi (sudah ada penyakit)
____________________________________________________________
13.8 mmol/L - 22.2 mmol/L                 tinggi (sudah ada penyakit)
____________________________________________________________
10.0 mmol/L - 13.8 mmol/L                 sederhana (mungkin ada penyakit)
____________________________________________________________
6.1 mmol/L - 10.0 mmol/L                   rendah (belum ada penyakit)
____________________________________________________________
4.4 mmol/L - 6.1 mmol/L                     normal (belum ada penyakit)
____________________________________________________________

______________________________________________________________
Kandungan gula dalam darah
______________________________________________________________
                                 Sihat            Kurang sihat        Sakit kronik

Berpuasa                    4.4 -6.1         6.2 - 7.0                Lebih daripada 7.0

Tidak berpuasa           4.4 - 8.0         8.1 - 100               Lebih daripada 100
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
Tekanan darah
_______________________________________________________________
Kurang                    Sederhana                          Tinggi
130/80                      Lebih drp 130/80                  Lebih drp 140/90
                                Kurang drp 140/90
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Body Mass Index (kg/m2)
_________________________________________________________________
Lelaki                  Kurang 25                25- 26.9                  Lebih 27
Wanita                 Kurang 24                24 - 25.9                 Lebih 26
_________________________________________________________________


Risiko Diabetes yang Tidak Dikawal

*Komplikasi akut
Terjadi akibat paras glukos dalam darah terlalu tinggi menyebabkan tubuh mengalami penghidaratan yang teruk kerana kehlangan kehilangan banyak cecair melalui air kencing. Implikasinya, darah menjadi pekat, menyebabkan aliran darah perlahan dan seterusnya mempengarahi otak kerana kekurangan oksigen.. Peasakit akan mula rasa mengantuk.

Pesakit diabetes jenis 2 boleh mengalami koma sekiranya gula dalam darah terlalu tinggi. Bagi pesakit diabetes jenis 1, keadaan ini akan membuatkan darah berasid kerana pengeluaran keton. Pesakit akan berasa mengah (breathless) dan keliru. Dalam keadaan ini, pesakit perlu mendapatkan terapi intensif di hospital.

*Komplikasi kronik
Dalam jangka panjang, pesakit akan mengalami pelbagai komplikasi lain terutamanya jika glukos tidak dikawal dengan baik.

a. Penyakit Kardiovaskular (berkait dengan pembuluh darah dan jantung)
   Pesakit mempunyai risiko 3- 5 kali lebih tinggi untuk mengalami gangguan pembuluh darah (vaskular)    peripheral, iaitu bahagian ibu jari kaki, kaki dan bahagian kaki yang dipotong (amputation) melalui
   pembedahan. Sebab utama keadaan ini berlaku ialah glukos dalam darah yang tinggi akan  
   mempercepat   proses arteriosklerosis (penebalan salur darah) dan menyempitkan ruang pembuluh
   darah sehingga tisu yang berkaitan mengalami kekurangan oksigen dan nutrien sehingga akhirnya tisu
   tersebut rosak. Kelostrol dalam darah tinggi akan memburukkan lagi keadaan.

b. Kerosakan buah pinggang
    Perubahan pada salur darah dan banyaknya bahan kumuh yang perlu dibuang boleh menyebabkan
    sistem penapisan (glomrulus) rosak. Tekanan yang yang tinggi akan lebih mempercepat kerosakan
    tersebut. Kerosakan yang serius boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang seterusnya
    mengundang maut.Di Malaysia, diabetes merupakan penyebab utama pesakit diabetes memerlukan
    proses dialisis (cuci darah).

c. Gangguan Penglihatan (Diabetes Retinopathy)
    Diabetes menjadi penyebab kebutaan yang tertinggi di dunia.Keadaan ini berlaku kerana perubahan
    di dalam salur darah mata. Dalam banyak keadaan, diabetes retinopati tidaklah begitu serius sehingga     menjejaskan penglihatan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan mata setahun sekali perlu dibuat untuk
    mengelakkan gangguan penglihatan seperti kabur, katarak, glucoma, jangkitan kuman, penglihatan  
    berganda (diplopia) pendarahan glumaca dan sebagainya.

d. Gangguan Saraf (Diabetes Neuropathy)
    Perubahan pada salur darah akibat diabetes akan memberi kesan kepada saluran darah ke saraf
    (vasanervosum). Pesakit akan mengalami kebas pada tangan dan kaki dan hilang daya peka
    (sensibility) di tempat berkenaan. Secara tidak sengaja, kaki boleh cedera. Luka yang tidak dirawat
    akan mengalami jangkitan dan gangrene sehingga memaksa bahagian berkenaan dipotong.

e. Gangguan Kulit
    Pesakit diabetes juga mudah terdedah kepada penyakit kulit. Kemungkinan penyebabnya ialah aliran
    darah terjejas mengakibatkan kulit menjadi kering, ketahanan kulit menurun dan kulit mudah diserang
    bakteria yang menyebabkan jangkitan penyakit kulit.


bersambung lagi ...
akan datang: pengambilan makan indeks glisemik yang rendah untuk mengawal diabetes

No comments: