Adakah Saya Penghidap Dibetes?

KENALI DAN ATASI PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES)

Penyakit kencing manis (Diabetes Melitus) ialah sejenis penyakit kronik dan menjadi pembunuh no.3 selepas penyakit jantung (kardiovaskular) dan kanser. Sebagai penyakit degeneratif, penyakit ini tidak diperoleh secara tiba-tiba tetapi melalui akumulasi dan proses yang berkait rapat dengan gaya hidup kita masa kini, bukan disebabkan penyakit yang diwarisi semata-mata. Kebanyakan daripada kita mempunyai tabiat makanan yang tidak seimbang, mengambil makanan yang mengandungi banyak gula bertapis, lemak tepu dan kolestrol, rendah serat, kadar garam yang tinggi, mengandungi perisa, pengawet dan pewarna tiruan.  Kesibukan harian menyebabkan masa masa istirahat dan tidur sedikit dan tidak berkualiti ditambah pula dengan kurangnya aktiviti senaman. Kita sangat bergantung kepada pengambilan ubat moden untuk jangka panjang untuk merawat penyakit kencing manis yang akhirnya memberi kesan sampingan dan menambah masalah kepada penyakit sedia ada. Lebih teruk lagi, penyakit lain pula yang timbul. Kaedah rawatan dan terapi yang sedia ada pada masa kini masih belum cukup untuk mengurangkan pertambahan pengidap penyakit kencing manis. Oleh itu, cara yang lebih baik untuk mencegah dan merawat penyakit ini adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Apakah itu penyakit diabetes?

Sejenis penyakit metabolik yang dikaitkan dengan paras gula dalam darah (glukos) yang tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh sama ada jumlah insulin yang dihasilkan oleh tubuh sedikit ataupun terdapat rintangan terhadap tindakan insulin atau kedua-duanya sekali.

Insulin ialah hgormon yang dihasilkan terutamanya oleh sel-sel Beta Langerhans kelenjar pankreas. Insulin diperlukan untuk mengatur paras glukos dalam darah. Apabila paras glukos naik (selepas makan), insulin dilepaskan dari pankreas uuntuk menormalkannya. Ketiadaan/kekurangan pengeluaran insulin akan menyebabkan paras glukos dalam darah meningkat (hiperglisemia). Gula ini akan dibuang melalui air kencing menyebabkan air kencing mengandungi gula. Ini merujuk makna perkataan diabetes yang bermaksud 'melalui/menyalurkan melitus (gula yang keras) keluar. Walaupun penyakit kencing manis dapat dikawal dengan ubatan m oden dan kawalan pemakanan tetapi ia merupakan penyakit yang kekal seumur hidup.

Mengapakah penyakit kencing manis berlaku?

Makanan yang dihadamkan oleh usus akan menjadi partikel dan molekul kecil supaya dapat diserap ke dalam aliran darah yang kemudian akan disalurkan sebagai sumber tenaga agar tubuh dapat berfungsi sepenuhnya.Salah satu sumber tenaga ialah glukos yang diperoleh daripada penghadaman makanan berkanji seperti nasi, roti, ubi kentang, pasta, mi, gula bertapis, madu, buah dan juga daripada simpanan glukos dalam hati (glikogen) yang akan dilepaskan mengikut keadaan. Insulin diperlukan sebagai 'penggerak' glukos  sewaktu proses ini berlaku. Sebab itulah hormon insulin sangat penting kepada kita. Apabila proses pengeluaran insulin (jumlah/kualiti insulin) terganggu oleh pelbagai sebab, maka berlakulah penyakit kencing manis. Sebab itulah sesetengah daripada yang menghidap penyakit diabetik kronik memerlukan pengambilan insulin dari luar seperti suntikan insulin.

Penyebab Diabetes

Kekurangan  pengasilan insulin menyebabkan berlakunya hiperglisemia. Keadaan ini biasanya mempengaruhi tisu lemak dan otot pada keadaan rintangan insulin (insulinresistance) yang selalunya merupakan masalah utama kepada diabetes jenis 2. Kemerosotan yang tetap dari sel beta akan menambah proses penaikan glukos dalam darah bagi diabetes jenis 2 ini. Kekurangan insulin total merupakan gangguan utama kepada diabetes jenis 1.

Golongan yang berisiko:

* mempunyai ahli keluarga penghidap diabetes
* berat badan berlebihan
* berusia 40 tahun ke atas
* tekanan darah tinggi
* paras trigliserid darah yang tinggi
* kolestrol tinggi
* pernah mengidap diabetes gestaki (menghidap diabetes semasa mengandung dan pulih semula sepenuhnya
   selepas bersalin)
* beberapa kaum dan bangsa tertentu

3 jenis penyakit kencing manis dan perbezaannya

Diabetes Jenis 1

Disebut sebagai Insulin Dependent Diabetes Melitus (IDDM). Biasanya dihidapi oleh  individu pada usia muda. Dikenali juga sebagai Juvenil Onset DM. Diabetes jenis  ini berlaku apabila hanya sedikit sahaja/tiada langsung hormon insulin di dalam badan. Hal ini disebabkan oleh sebahagian besar sel beta langerhans rosak. Tidak dapat dipastikan sebab keroskan ini, tetapi berkemungkinan daripada kerosakan pankreas yang telah mengalami serangan autoimune  oleh tubuh sendiri.

Antibodi yang tidak normal diperoleh dengan banyak daripada pesakit diabetes jenis ini.Antibodi ialah protien dalam darah yang merupakan sebahagian daripada sistem ketahaman tubuh. Sistem ketahanan mengalami kekeliruan dan kemudian menghasilkan antibodi yang menyerang tisu sihat pada tubuh sehingga berlaku kerosakan pada tisu sihat tersebut.

Dipercayai bahawa kecenderungan untuk mengembangkan antibodi yang tidak normal ini terjadi secara genetik. Antibodi ini dapat dikesan daripada kebanyakan peskit diabetes jenis ini. Hal ini dapat membantu mengenali pasti individu yang mempunyai risiko penghidap penyakit diabetes jenis 1.Walau bagaimanapun, jangkitan virus tertentu (virus mumps dan virus coxsackie) atau terdedah kepada toksin juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Diabetes Jenis 2

Dikenali sebagai Non Insulin Dipendent Diabetes Melinus (NIDDM).  Diabetes ini banyak berlaku, meliputi 90% atau lebih daripada seluruh kes diabetes. Biasanya terjadi pada usia yang lebih tua. Penghidap diabetes jenis 2 masih boleh menghasilkan insulin sendiri tetapi tidak cukup dan tidak berfungsi sepenuhnya. Penyakit terjadi disebabkan adanya rintangan sel tubuh, khususnya lemak dan otot, berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa tahun.Mulanya tubuh akan bertindak balas dengan menambah pengeluaran insulin untuk mengekalkan paras glukos normal.Namun akhirnya pankreas akan 'keletihan' dan pengeluaran insulin tidak dapat menandingan rintangan insulin. Perlahan-lahan glukos meningkat menyebabkan berlakunya diabetes jenis 2.

bersambung .... (1)

No comments: