ASTAXANTHIN: ANTIOKSIDA TERHEBAT ABAD KE-21 (2)



KUASA ASTAXANTHIN 
Astaxanthin mempunyai  kesan antioksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan Vitamin E atau beta-karoten yang lain.  Astaxanthin mempunyai keupyaan yang tinggi dan berkesan menentang radikal bebas oksigen singlet dan lipoperaoxide yang amat berbahaya dan bertoksid dalam sel tubuh manusia yang boleh memudharatkan tisu badan.  

* ASTAXANTHIN  berkesan 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (e-tocopheral) dalam menentang tidak  balas pengeluaran lipoperoksid dalam sel mitochondria hati yang disebabkan  oleh iron  bivalen
* ASTAXANTHIN berkesan 100 kali ganda daripada Vitamin E dan 10 kali ganda daripada Beta-karoten untuk  menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.

Berkesan Menghalang Pengoksidan Kolestrol LDL
Astaxanthin berkesan untuk memastikan salur darah dalam keadaan baik. Pertambahan usia turut menjadikan salur darah mengalami proses 'penuaan' dan menyebabkan terjadinya  masalah arteriosclerosis atau 'pengerasan arteri'. Kolestrol LDL merupakan faktor menggalakkan terjadinya arteriosclerosis'. Walau bagaimanapun, kolestrol bertukar kepada bahan berbahaya sebenarnya disebabkan radikal bebas.

Asalnya, kolestrol LDL merupakan kompenan penting yang membekalkan bahan mentah untuk membran sel dan asid bile. Apabila radikal bebas mengoksidkan kolestrol LDL, ia melekat pada dinding salur darah/arteri dan lama-kelamaan menyebabkan berlakunya  arteriosclerosis.
Pengambilan Astaxanthin setiap hari boleh menghalang proses oksidasi kolestrol LDL.

Berkesan Menghalang Kerosakan Dinding Salur Darah
Radikal bebas bukan sahaja mengoksidasikan kolestrol LDL tetapi juga menyerang dinding salur darah secara terus.  Salur darah yang cedera menyebabkan dinding salur darah semakin menebal dan kehilangan daya elastik dan seterusnya menyebabkan terjadinya arteriosclerosis.
Aliran darah yang tersekat mengundang bahaya kerana sekiranya komponen darah beku (thrombus) yang melekat pada luka tertanggal., ia akan menyebabkan saluran darah tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan boleh membawa maut.

Berkesan Menormalkan Sistem Imun
Sistem imun merujuk keupayaan semulajadi tubuh melawan penyakit. Sekumpulan sel imun (immunocytes) yang dikenali sebagai sel darah putih  (leukocytes) bertindak menyerang bakteria dan virus yang menceroboh tubuh kita. Misalnya, apabila bakteri memasuki luka yang terdedah, sel fagosit bertindak sebagai 'askar barisan hadapan' sistem imun akan bertindak mensterilkan luka tersebut dengan serta-merta.

Jika bakteria terlalu kuat dan sel faosit tidak berupaya melawan, sistem imun akan mengeluarkanb sel B dan sel T daripada lymph nodes. Dua jenis sel ini selalu mampu membunuh bakteria serta-merta. Sistem imun juga berperanan  untuk membuang sel-sel kanser yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi. Sel ini dinamakan  'sel NK' ataupun 'Natural Killer cells'.

Astaxanthin bertindak  meningkatkan keberkesanan  dan keupayaan pengeluaran sel B, sel T dan sel NK yang akan meningkatkan sistem imun.

Provitamin A
Apabila Astaxanthin diserap ke dalam tbuh, sebahagian daripadanya akan ditukarkan kepada Vitamin A (retinol). Bahan yang membolehkan tindakan ini berlaku dipanggil provitamin A. Pengambilan Astaxanthin membolehkan kesan tindakan Vitamin A dan antioksida serentak (berbanding dengan Vitamin A untuk kesan Vitamin A sahaja):

* mengekalkan kenormalan fungsi mata - menghalang rabun malam, mata letih
* menguatkan membranb mucus - berkesan menghalang penyakit berjangkit
* menghalang kulit kering, kedut, kendur - antipenuaan
memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan  fungsi reproduktif

Walaupun aktiviti vitamin A dalam astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten lain, faedah vitamin A tetap diperoleh dan dengan selamat tanpa kesan negatif  pengambilan vitamin A berlebihan  seperti pening kepala, masalah hati, kulit dan sebagainya.

Berkesan Mennghalang Kanser dan Metastasis 
Kebelakangan ini, stress telah dikenal pasti sebagai  salah satu faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan yangn menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi dalam tubuh yang menggalakkan penghasilan, pembiakan dan metastasis kanser. Pengambilan astaxanthin berupaya menghalang keadaan ini.  Yishifumi Tomita, Pembantu Profesor di Fakulti Pertanian, Universiti Miyazaki dalam kajian yang dijalankan, mengesahkan bahawa Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada Beta-karoten dalam menyekat dan menghalang perkembangan sel kanser dan metastasis. 

Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Perfectural pula mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma. Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan separuh dengan pengambilan astaxanthin selama 8 bulan secara berterusan. Astaxanthin juga berkesan menentang kanser mulut, hati dan payu dara.

Berkesan Menentang Diabetes 
Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin, iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan fungsinya dengan berkesan,  maka tubuh kita tidak lagi mampu menggunakan sepenuhnya gula daripada pemakanan yang diambil. Ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul  dalam darah dan akhirnya  menyebabkan diabetes (Tahap gula dalam darah yang kronik kemudiannya dikeluarkan melalui air kencing, iaitu kencing manis.)

Astaxanthin dapat mengawal diabetes dengan berkesan:
* mengawal dan menyeimbangkan gula darah darah ke paras normal
* mengurangkan tekanan terhadap hati
* mengurangkan penghasilan lipoperokxide
* mengurangkan kolestrol dan trglyserid dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
* menghalang katarak mata (yang disebabkan oleh diabetes)

Berkesan Menjaga Kesihatan Mata 
Astaxanthin menghalangkan terjadinya katarak yang disebabkan  oleh peningkatan usia dan sinaran ultra ungu. Apabila kita mencapai tahap usia tertentu, lensa (crystalline lenses) mata akan mengeras dan berkabut menyebabkan cahaya sukar melaluinya. Hal ini berlaku kerana radikal bebas oksigen aktif yang dihasilkan oleh sinaran ultra ungu menyebabkan lensa crystalline teroksid dan 'berkarat'. Jika tidak dirawat akan menyebabkan mata sukar melihat dan boleh kehilangan penglihatan sepenuhnya. Golongan muda juga berisiko menghidapi masalah ini jika terdedah kepada sinaran ultra ungu yang kuat dalam jangka masa yang lama. Masalah 'snow blindness' merupakan contoh terbaik masalah ini.

Berkesan Melawan Ulser Perut 
Kajian saintifik mendapati bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) merupakan penyebab utama ulser perut. Apabila H.pylori menjangkiti bahagian tepi perut, tubuh kita akan mengeluarkan sejumlah oksigen aktif untuk membunuh bakteria tersebut. Ini akan mengakibatkan berlakunya radang pada bahagian tepi perut.Apabila proses ini berlaku berulang kali ia akan menyebabkan radang tersebut menjadi ulser. Kajian yang dijalankan di Sweeden mendapati radang yang disebabkan H. pylori boleh  dihalang dengan pengambilan Astaxanthin.

Mencantikkan Kulit Tanpa Kedut dan Tompok Hitam 
Radikal bebas boleh memudharatkan kulit. Pendedahan kepada matahari yang keterlaluan akan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok hitam.  Sinaran ultra ungu yang berbahaya boleh merosakkan kulit, menyebabkan radang, kerosakan pada protein yang menyokong kulit,  dan mencepatkan pengeluaran melanin yang menyebabkan kulit bertompok hitam. Peningkatan usia merupakan faktor  uatam kulit berkedut dan bertompok hitam lebih-lebih lagi jika setiasa terdedah kepada cahaya matahari. 

Pengambilan Astaxanthin mempu menghalang radikal bebas dalam tubuh yang disebabkan oleh ultra ungu. Aktiviti provitamin A juga dapat melawan kedutan dan kekenduran kulit dengan berkesan. Astaxanthin juga boleh disapu pada bahagian luar kulit untuk kesan kulit yang cantik. Pengumpulan pigmen yang menyebabkan tompokan hitam  pada muka boleh dihalang dengan sapuan Astaxanthin.

Menyedari manfaat besar Astaxanthin, Dr Azimuth dengan kerjasama biosaintis Jerpun telah menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan kulit  seperti set rawatan wajah ASTAXA  BIOESSENCE,  makanan kesihatan GAMATMAXX. 

GAMATMAXX


SET RAWATAN WAJAH ASTAXA BIOESSENCE



No comments: