NIKMAT SECANGKIR KOPI

Anda penggemar kopi? Cappucino? Ekspresso? atau Latte? Berikan apa sahaja nama kepada minuman pekat kehitaman ini/coklat kehitaman dengan rasa manis gula atau susu, yang pasti agen stimulasi  terkenal di dunia ini sering dianggap sebagai minuman pencetus semangat di kalangan pencintanya.



Penggemar kopi ada di mana-mana, tidak mengenali sempadan geografi, Dari Utara ke Selatan, benua Eropah hingga benua Asia, kopi dinikmati di setiap pelusuk dunia dan setiap hari. Dalam satu kajian di AS mendedahkan bahawa empat daripada lima orang minum kopi dan menghabiskan  lebih daripada 400 juta cawan kopi sehari. Dengan lebih daripada 2.5 juta pekerja industri, ia meletakkan  kopi sebagai komoditi kedua terbesar dunia selepas minyak masak dalam industri perdagangan  dunia. 

Sejarah kopi bermula dekat Laut Merah sejak abad ke-7. Seorang penulis Arab pada abad ke -15, Shehabeddin Ben meriwayatkan bahawa orang Ethopia menikmati minuman ini jauh  lebih lama daripada yang pernah ditulis dalam catatan sejarah.  Pada abad ke-16, pekebunan kopi telah ditemui di Dataran Yaman, Arab. Selepas seorang Dua Besar Turki memperkenalkan  kopi kepada Raja Louis XIV sekitar tahun 1660, dengan pantasnya minuman ini berjaya menawan selera masyarakat Eropah.


Di Pualu Jawa, Indonesia, kopi dibawa masuk oleh orang Belanda. Pada tahun 1714, Desclieux, seorang warga Belanda telah menanam kopi di Kepulauan Martinique. Selepas itu, kebun kopi mula merebak dari French Guiana ke Brazil, Amaerika Tengah dan kebanyakan negara di dunia.

Tarikh 29 September setiap tahun  telah diabadikan sebagai Hari Kopi Antarabangsa dan ia disambut di kebanyakan negara, tidak kecuali Malaysia.

Sepohon kopi dapat menghasilkan  sekitar 1 kg kopi setahun. Ada lebih 25 jenis kopi. 3 yang paling terkenal, iaitu Robusta, Liberia dan Arabica yang mewakili 70% daripada keseluruhan pengeluaran kopi dunia.

Ironinya, hubungan penggemar kopi tegar dengan air kopi sangat akrab, bagaikan orang bercinta. Sehari tidak meneguk air kopi, hidup dirasa bagaikan tidak sempurna.

"Secawan kopi mnebarkan seribu nikmat yang sukar dilafazkan", antara kata-kata yang sering dilafazkan oleh  mulut pencinta kopi.

"Kopi memberikan nikmat apabila ia dengan pantas memberi tenaga kepada saya. Malah saya sukakan kemanisan kopi", kata Boyd Yap, Barista Kafe Baci.

Istimewanya kopi kerana ia boleh menjadi ubat kepada pencintanya, meningkatkan daya aspirin dan ubat menghilangkan rasa sakit, malah kebaikan kafein juga kerap dimasukkan ke dalam  ramuan beberapa jenis ubat-ubatan. Namun begitu, setiap yang dipandang baik, itu pasti wujud keburukan jika diambil berlebihan. Keburukannya, kafein dikaitkan sebagai pencetus sakit kepala. Mereka yang minum lebih daripada 2 cawan  sehari berpotensi berhadapan dengan risiko tulang rapuh (osteoporosis) lebih awal kerana kafein dikatakan boleh menghalang penyerapan kalsium.

Walau siapa pun anda, penggemar biasa atau pencinta tegar kopi, pilihlah kesederhanaan. Islam sendiri menekankan kesederhanaan kepada kita. Kalau anda perlu minum kopi setiap hari, minuman paling banyak 2 cawan sehari di samping mengambil suplimen makanan/minuman yang tinggi kalsium supaya anda tidak perlu mengundang penyakit lain pula.




JOM MINUM  KOPI!




No comments: