Wanita dan kecantikan bagai isi dengan kuku. Tanyalah mana-mana wanita, tiada seorang pun menginginkan badan gemuk apatah lagi sampai tahap obesiti. Jika boleh mahu kelihatan langsing sampai ke tua persis tubuh supermodel. Bagi wanita, gemuk mencerminkan tidak cantik sebaliknya kurus dijadikan ukuran kecantikan. Sesetengahnya merasa kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai lantaran kegemukan yang dialami. Justeru untuk kelihatan cantik dan langsing, ramai yang sanggup mengambil jalan pintas, menelan ubat/pil diet tanpa memikirkan kesan terhadap kesihatan sama ada kesan jangka pendek mahupun jangka panjang.
Bagi wanita muda, sesetengahnya memikirkan jalan singkat untuk kurus dengan mengambil pelbagai ubatan/pil kurus. Ubat/pil ini dikatakan mampu mengurang dan mengawal berat badan jika diambil
berterusan. Masalah yang tidak disedari ialah ubat/pil ini lazimnya akan mengubah salah satu proses penting dalam tubuh sama ada dari segi pengawalan berat badan, mengubah selera makan atau enyekat penyerapan kalori. Ubat kurus memainkan perana dalam mengubah metabolisme badan apabila berat badan turun mendadak dalam jangka masa yang singkat.
Antara ubat kurus yang terdapat di pasaran ialah ORLISTAT (XENICAL), RIMONABANT, PHENTERMINE DAN DIETTHYL PROPION DAN SIBUTRAMINE (MERIDIA)
ORLISTAT (XENICAL): Ubat primer yang merawat masalah obesiti. Ubat ini berfungsi sebagai perencat enzim lipase yang dihasilkan oleh perut dan pankreas. Enzim lipase bertindak kepada sistem pencernaan dengan memecahkan molekul lemak. Orlistat bertindak mengurangkan pemecahan molekul lemak yang ytidak dihadam oleh tubuh sehingga 30%. Pengambilan berterusan menyebabkan berat badan berkurangan. Pengambilan yang tidak dikawal akan menyebabkan masalah terhadap sistem pencernaan, iaitu kekerapan membuang air besar, kehadiran lemak dalam najis dan mengurangkan tahap kemampuan menahan seseorang daripada membuang air besar. Pengambilan Orlistat juga menganggu penyerapan Vitamin A, D, E dan K serta beta karotene.
RIMONABANT : Ubat sekunder antiobesiti, Ubat ini menghalang reseptor cannabinoid - 1 (CB1) yang terletak dalam otak, tisu lemak, sistem penghadaman, hati dan otot. Dengan menghalang pengaktifan reseptor ini, ia akan mengurangkan selera makan, mengawal rasa lapar dan mengelakkan penghasilan lemak dalam tubuh. Pengambilan rimonabant juga meningkatkan paras lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) dalam darah. Kesan sampiangan pengambilan rimonabant termasuklah rasa mual, muntah-muntah, pening kepala, paras gula dalam darah rendah dan keletihan.
PHENTERMINE DAN DIETTHYL PROPION : Pengambilan phentermine dan diethyl propion meningkatkan norepinephrine dan dopamine dalam otak dengan mneningkatkan pembebasan neurotransmit dari pangkal saraf dan menghalang pewngambilan kembali norepinephrine dan dopamine dar pusat saraf. Ubat ini juga akan mengurangkan selera makan pesakit melalui pengawalan sistem saraf. Kesan paling ketara ialah pesakit akan berasa pening kepala, insomnia, sembelit dan kekeringan mulut selain meningkatkan kadar tekanan darah dan degupan jantung.
SIBUTRAMINE (MERIDIA) : Bertindak menghalang pengambilan semula serotonin, norepinephrine dan dipamine dari pusat saraf selain mengelakkan pesakit makan secara berlebihan dengan menyekat selera makan melalui pengawalan sistem saraf. Pengguna ubat perencat serotonin dan antimigrain dilarang mengambil ubat ini. Pengambilan sibutramine juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
RISIKO pengambilan ubat diet secara berterusan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dalam tempoh beberapa minggu selain mengakibatkan darah tinggi, hipertensi, degupan jantung kencang, imsomnia dan kematian mengejut.
Sejenis lagi ubat (racun) yang digunakan secara meluas dalam produk minuman pelangsingan ialah BRUPOPION yang berfungsi menghentikan selera makan dan kesan jangka panjangnya, seseorang itu akan diserang penyakit saw
Menurut Encik Mohd Shahid Yahya, Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, sepanjang tahun 2013, pihaknya sudah merampas 6 produk yang mengandungi brupopion bernilai RM10,906 dan 11 jenis produk yang mengandungi sibutramine termasuk Miracle Hot Chocolate bernilai RM191,846.
Asalnya, brupopion dan sibutramine digunakan dalam penghasilan ubat psikotropik dan kemurungan namun apabila dicampur dalam ubat tradisional, fungsinya berubah menjadi ubat mengawal selera makan. Disebabkan kesan negatifnya, ubat ini telah diharamkan dalam negara. Semenjak Oktober 2010 melalui kerjasama Abotts Labs, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS serta Health Canada, secara sukarela produk ini ditarik penjualannya dari pasaran AS dan Kanada.
Kajian yang dijalankan oleh Sibutramine Cardiovaskular Outcome (SCOUT) menunjukkan bahawa sibutramine menyebabkan peningkatan risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar. Pemberhentian pengambilan ubat ini menyebabkan peningkatan semula berat badan secara mendadak dan ketagihan akan berlaku apabila pengambilannya diberhertikan.
Antara produk yang mengandungi 2 bahan beracun yang ditarik balik pendaftarannya ialah AMBERINE CAPSULE, PHYTO-HAPE, PHYTO SHAPE,BODYBEAUS, SENNA PLUS CAPSULE, BIONEX, SLIMWAY HERBS dan BM1-9 XYLIMMING CAPSULE.
No comments:
Post a Comment