PENTINGNYA USUS (KOLON) KITA DICUCI


Pernah anda terfikir untuk mencuci usus (kolon)? Berapa kali anda mencuci usus sepanjang kehidupan anda? Pentingkah untuk kita mencuci usus?

USUS  KOTOR                           USUS  SIHAT

Program pencucian yang baik seharusnya bermula dengan membuang bahan buangan dalam usus besar (kolon), iaitu bahagian akhir dalam kitaran pemprosesan makanan. Jika nada ingin membersihkan sistem hati, darah atau limpa, anda seharusnya membersih usus terlebih dahulu. Jika tidak, toksin dalam badan akan dikitar semula. 

Masalah yang paling kerap dikaitkan dengan kolon (usus) ialah SEMBELIT (constipation).  Mengapa sembelit berlaku? Sembelit berlaku kerana tubuh kekurangan serta makanan dan air. Sembelit berlaku apabila waktu peralihan atau 'masa transit' bahan kumuh menjadi perlahan. Kepekatan/kepejalan najis boleh menyebabkan terjadinya hemorhoids, bengkak urat, hiatal hernia dan lain-lain. Semakin panjang 'masa transit', semakin panjang masa buangan duduk dalam usus. Ini akan menyebabkan protein mereput, lemak menjadi tengik dan kahohidrat tertapai.

Semakin lama anda terdedah tubuh terdedah kepada pereputan makanan dalam usus, semakin tinggi risiko penyakit. Walaupun dengan satu pergerakan usus sehari, sekurang-kuranganya tiga hidangan  makanan yang mereput di dalam usus anda  setiap masa. Yang lebih teruk ialah, sistem penghadaman anda boleh tercemar dengan sendiri dan berterusan disebabkan gas beracun yang dihasilkan oleh bahan kumuh yang tidak bergerak di dalam usus. Gas beracun ini boleh terserap ke dalam darah dan menganggu sistem organ dan sendi. 

Apabila berlaku sembelit dan cirit-birit atau cirit-birit sahaja, bermakna sistem penghadaman anda sedang menghadapi masalah. Masalah yang lebih teruk dan menakutkan ialah terjadinya KANSER KOLON dan kegagalan sistem imunisasi akibat usus yang tercemar.





No comments: