GLUASTACOL, KOLAGEN MARIN DAN KECANTIKAN

Assalamualaikum
Salam Ukhuwah

Jika artrikel sebelum ini, saya berkongsi cerita RUMPAI LAUT dan KOLAGEN, maka artikel kali ini, saya kongsikan pula cerita tentang KOLAGEN MARIN untuk kecantikan dan kesihatan. 

 

HUBUNG KAIT KECANTIKAN DENGAN KOLAGEN  

Wajah yang cantik dan halus-mulus menjadi idaman semua orang, bukan sahaja wanita malahan lelaki juga. Wanita mahukan tubuh yang sentiasa langsing dan wajah awet muda manakala lelaki mahukan tubuh yang sasa dan wajah yang kacak. Kenapa? Sebabnya, apabila kita berasa penampilan  kita menarik maka kita yang sentiasa berkeyakinan tinggi untuk tampil di khalayak ramai apatah lagi jika kita seorang yang berkerjaya. 

  

                                    

 
Terdapat  beberapa cara yang telah terbukti untuk menegangkan kulit seperti laser pelapisan muka, penggunaan krim retinol , suntikan kolagen, suntikan asid hyaluronic dan pembedahan kosmetik. Tidak dinafikan bahawa kaedah ini memberikan penampilan wajah yang cantik dengan 'segera' sebab itu, ramai yang sanggup berhabisan wang ribuan ringgit. Yang pasti, penampilan yang menarik ini akan membuat mereka 'kemaruk' suntikan/pembedahan  dan akan  melakukannya berulang kali. Malah yang lebih berani akan melakukan pembedahan kosmetik atau suntikan secara haram kerana mahu segera cantik dan menjimatkan kos.  Sama ada mereka sedar atau tidak, 'sesuaru yang haram' itu, dalam jangka panjang akan muncul keburukannya apatah lagi jika dilakukan secara berlebihan.. Risikonya sama ada 'maut'  mendatangi mereka atau mereka akhirnya menderita apabila wajah mula mengherot dan nampak seperti 'makhluk asing' di samping kesihatan yang semakin kritikal.
 
Ketahuilah, pembedahan dan suntikan bukan penyelesaiannya kerana ada yang cara yang lebih selamat dan kosnya juga kurang, iaitu pengambilan produk kesihatan dan kesihatan yang mengandungi KOLAGEN. Kebekalangan ini, banyak produk kecantikan dan kesihatan yang mengandungi kolagen marin dipasarkan secara meluas menyebabkan lebih ramai yang beralih kepada bahan ini untuk mendapatkan manfaat. Walaupun penampilan wajah dan tekstur kulit sebahagiannya ditentukan oleh genetik, tetapi faktor mudarat tertentu yang menjejaskan kulit seseorang seperti toksin, pencemaran alam sekitar, pemakanan dan merokok menyebabkan ramai yang mencari penyelesaian menggunakan produk kolagen marin antipenuaan. Ini disebabkan produk kolagen marin boleh membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kesan negatif akibat toksin.
 
Seperti yang kita ketahui, kolagen merupakan satu bentuk protein yang terdapat di semua bahagian tubuh manusia , termasuk kulit. Kolagen mewakili kira-kira 70% daripada tisu sambungan badan dan amat diperlukan untuk membina kulit, otot, tulang dan rawan. Protein ini mempunyai kedudukan yang diiktiraf sebagai bahan 'terima kasih' yang berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan. 

Dari Mana Datangnya Kolagen?



Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan 'makan kolagen'. Ia tidak semudah itu. Kolagen dihasilkan secara semulajadi dari dalam tubuh kita. Walaupun kita tidak boleh 'makan  kolagen' untuk menggantikan kolagen semulajadi yang hilang daripada tubuh kita tetapi kita boleh memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen dengan mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, produk tenusu seperti keju, yogurt berperisa  dan ais krim, minuman pintar, soya, asid amino, ikan dan telur serta makanan  sepertii sup, krimer kopi , biskut , pasta dan roti.




Pengurangan Kolagen dalam Badan




Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya yang ketara mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian, iaitu pada sekitar usia 35 tahun. Pada usia 40 tahun, sintesis kolagen semakin berkurangan. Selepas usia 45 dan sehingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin meningkat usia kita, kulit akan semakin hilang keanjalan dan akhirnya menjadi kendur.  Kehilangan  kolagen ini boleh dilihat dengan kemunculan garis-garis halus pada kulit yang secara beransur-ansur berkembang menjadi kedut, kulit kusam, dan kendur, pigmentasi kulit, (kesan penuaan), cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan akar rambut semakin lemah dan rambut yang semakin nipis.


Oleh itu produk yang mengandungi kolagen terutama kolagen marin diambil sebagai makanan kesihatan dan kecantikan untuk merawat  pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan krim anti-penuaan. Atas sebab itu jugalah, maka  nama-nama besar dalam industri kosmetik seperti L' Oreal, Eleris dan Olay telah mula pemasaran kapsul dan krim yang mengandungi kolagen marin.








Kepentingan Kolagen



Sebab mengapa produk kolagen begitu popular adalah kerana peningkatan kolagen  boleh membuat fungsi badan menjadi lebih berkesan. Kolagen membantu memelihara keremajaan  dan keanjalan kulit. Kajian saintifik  membuktikan bahawa kolagen larut air  dan memberi sumbangan yang besar untuk mengekalkan kesihatan tulang, sendi, mencegah osteoporosis dan osteoarthritis serta meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang pengeluaran kolagen oleh sel-sel kulit  sekaligus menjadikan kulit kelihatan muda semula, bertenaga di samping meneutralkan kulit yang mengalami  penuaan berterusan {densifying semula dermis}. Pengeluaran kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit, rambut, tulang dan sendi. Kolagen juga dapat membantu merawat kanser kulit dan kanser prostat, menggalakkan  pengukuhan dan pertumbuhan rambut dan kuku. 



Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut dan kuku - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat.  Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

APA ITU KOLAGEN MARIN?

Kolagen marin merujuk kolagen yang diperoleh daripada sumber-sumber laut terutama ikan laut dalam seperti ikan kod dan ikan yu. Kolagen diambil daripada sisik, tulang dan kulit ikan. Di Jepun, kolagen digunakan selama bertahun-tahun sebagai bahan tambahan semulajadi kerana  ia mempunyai pelbagai manfaat, termasuk untuk kesihatan tulang-tulang dan kulit. 




Kolagen  Marin membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit dengan memulakan sintesis kolagen baru dalam lapisan asasnya.  Kolagen mengurangkan penguncupan otot muka yang merupakan salah satu punca utama kedutan. Kolagen membawa pembaharuan kepada sel-sel kulit dengan mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.


Kelebihan kolagen marin ialah ia tidak berbau dan tanpa rasa dan dianggap bahan yang selamat. Walaupun produk penjagaan kulit mengandungi semua bahan-bahan semulajadi ini, ia masih boleh menyebabkan pengguna mengalami kerengsaan kulit terutama mereka yang mempunyai kulit sensitif. Tanda-tanda tindak balas alahan kepada mana-mana produk kecantikan termasuklah kulit yang kemerahan , lebam dan terlalu kering.

Kenapa Kolagen Ikan?



Kolagen marin juga dikenali sebagai kolagen ikan.Kolagen ikan dikatakan terbaik dan berkualti tinggi kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran alam sekitar berbanding  dengan kolagen yang diambil sumber lain, misalnya lembu. Secara amnya, kolagen tidak akan diserap secara bebas oleh kulit manusia kerana berat molekul yang lebih tinggi dan komposisinya yang lebih padat. Oleh itu, untuk memudahkan dan mempercepat kadar penyerapan kolagen ke dalam kulit, ia dirtukarkan kepada bahan yang boleh diserap dengan mudah dengan penambahan polypeptides .

KELEBIHAN KOLAGEN IKAN :

Molekul kecil - sangat mudah dihadam dan membantu membentuk semula kolagen yang kian menyusut pada bahagian sendi, tulang, kulit dan lain-lain. 
- membantu meredakan risiko osteoathritis, osteoporosis dan arteriosclerosis. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Kelebihan kolagen ikan ialah strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih mudah diserap oleh tubuh manusia


 








KOLAGEN IKAN TILAPIA:
- sumber kolagen terbaik dan tahan lasak:

- sangat elastik
- kepaduan sel yang sangat tinggi
- tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan


KAJI SELIDIK TENTANG KOLAGEN IKAN

Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya. - Prof Dr Jamilah Bakar (Pengarah Projek, Fakulti Teknologi dan Sains Makanan )


Proses mendapatkan serbuk kolagen dari kulit ikan
 
Empat peringkat:


# pembersihan kulit ikan-, kulit ikan dibersihkan untuk menghilangkan kotoran dan lendir menggunakan beberapa bahan kimia tidak berbahaya. 
 
# pengekstrakan menghasilkan kolagen
- menggunakan beberapa gabungan bahan kimia bergantung kepada kulit ikan dan kolagen yang ingin dihasilkan. Sesetengah kulit ikan akan menghasilkan kolagen yang bergred tinggi dan yang lainnya menghasilkan kolagen bergred sederhana dan rendah.


# pembersihan kolagen - proses pembersihan bahan kolagen juga dilakukan dalam beberapa peringkat bagi meningkatkan peratus kandungan kolagen bergantung kepada produk yang ingin dihasilkan sama ada untuk makanan atau farmaseutikal. Kolagen untuk produk farmaseutikal agak remeh dan memerlukan tiga hingga empat proses berbanding makanan.

# penghasilan serbuk kolagen - kaedah pengeringan dan pembekuan bagi kebanyakan kolagen dihasilkan menggunakan kaedah pengeringan untuk menghasilkan serbuk kolagen sebelum dibungkus dan dikategorikan mengikut produk yang ingin dihasilkan.

 

 

 

The Star, Berita harian, sinar dan metro memaparkan kejayaan sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan kajian menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia. 
 


    


GLUASTACOL DR AZIMUTH 
-Terbukti berkesan 30 hari untuk kecantikan dan kesihatan kulit
- Rasai perubahan kulit wajah dalam hanya dua minggu 
- Boleh diambil oleh ibu mengandung
- Produk yang berkualiti tinggi, menggunakan bahan semulajadi
- Halal dan selamat untuk digunakan
- Diformulasikan sendiri oleh Dr Azimuth seorang pakar nutrisi, pakar terapi, pakar 
  penyelidk, biosaintis (ahli Akademi Sains New York)


No comments: