GOUT




GOUT

APAKAH GOUT?

Gout  ialah keradangan yang menyakitkan  dan membengkak yang berlaku di bahagian di tendon, sendi.  Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki merupakan  tempat yang  biasa terjadinya gout. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

 


PUNCA GOUT

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah pada buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Asid urik yang mendap ini lama-kelamaan akan menghasilkan hablur garam. Hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit pada sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang berlaku daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine yang menjadi puncanya. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

CARA MENGATASI GOUT

Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine seperti organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).  Ceri dan strawberi dikatakan  mampu mengurangkan asid urik.

Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
Kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.

No comments: