Anakku Songsang: VCO Jadi Minyak Selusuh dan Minyak Rambut

Assalamualaikum. Pada petang yang dah nak masuk Maghrib yang sejuk dan dingin ini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan semua pembaca tentang produk DR AZIMUTH FORMULA.

Pertemuan pertama aku dengan Dr Azimuth DFormula bermula pada tahun 1998. Ketika itu aku mengandung anak sulung. Pada bulan-bulan terakhir, doktor mengesahkan yang kandungan aku songsang. Anehnya aku tidak berasa sakit sepanjang mengandung anak sulung saya tersebut seperti kebiasaannya orang mengandung anak songsang. Rupa-rupanya anak aku songsang dalam posisi berlipat dan sedikit menyerong. Kata orang tua, 'lipat kajang' (bahagian punggung di sebelah bawah)

Produk pertama yang aku guna ialah MINYAK KELAPA DARA DR AZIMUTH. Daripada info yang aku dapat, MKD  bagus untuk kesihatan aku dan anak. Aku MINUM MKD pada usia kandungan 8 bulan, 2 sudu setiap besar hari. Pada ketika itu aku masih bekerja di DBP Kuala Lumpur dan aku memilih untuk bersalin di kampung halaman, Kemaman, Terengganu.

Inilah VCO Dr Azimuth yang aku minum semasa mengandung anak sulung yang songsang

Oleh sebab tiada kemudahan di Hospital Kemaman untuk orang yang mengandung seperti aku  maka aku telah dirujuk ke HOSPITAL KUANTAN. Proses mengandung dan melahirkan anak pertama cukup menguji kekuatan dan keberanian aku sebagai seorang ibu. Banyak dugaan yang terpaksa aku tempuhi, . kandungan turun walaupun belum sampai masa. Semasa di tempat kerja, aku tergelincir dan jatuh terhentak di atas simen berasid yang baru sahaja dicuci oleh Cleaner sehingga pungung saya sedikit melecur.

Pada tarikh jangkaan kelahiran, aku dihantar oleh sepupu ke Hospital Kuantan. Kemudian aku ditinggalkan keseorangan kerana sepupu aku ada hal. Suami aku bekerja di Melaka dan tidak dapat pulang. Petang hari pertama, air ketuban pecah dan aku dimasukkan ke wad bersalin. Selepas pemeriksaan, doktor 1 mengatakan yang aku perlu dibedah kerana keadaan anak yang songsang. Kecut perut aku mendengar kata-kata doktor. Sedih dan takut silih berganti mengenangkan aku keseorangan. Aku meberitahu doktor yang aku mahu bersalin secara normal tetapi tidak diizinkannya. Doktor ke-2 yang membuat pemeriksaan juga sependapat dengan doktor pertama, terlalu bahaya untuk aku dan anak jika aku bersalin normal. Aku merayu lagi. Takut sungguh aku apabila terbayangkan pisau tajam menoreh perut aku.  Aku mula terbayangkan yang bukan-bukan tentang pisau tajam doktor. Sungguh aku trauma terhadap benda tajam, mungkin kerana pengalaman masa kecil kepala aku ditetak dengan parang oleh rakan sepermainan secara tidak sengaja.

Pada hari ke-2, saya masih belum sakit bersalin. Doktor ke-3 membuat pemeriksaan dan sekali lagi aku merayu. Pada mulanya doktor tersebut keberatan tetapi akhirnya aku dibenarkan bersalin secara normal setelah membandingkan berat  kandungan dan ketinggian. Namun aku diberi amaran, jika berlaku kejadian yang tidak diingini, aku akan dibedah tanpa menunggu kebenaran dan kehadiran suami. Sebelah petang suami sampai dan malamnya aku mula berasa sakit. Aku dimasukkan ke bilik bersalin pukul 12.00 tengah malam tetapi aku terpaksa menahan sakit lebih tiga jam. Doktor tidak cukup. Ibu bersalin malam itu ramai pulak. Sekali sakitnya datang, aku rasa pinggul aku hendak tercabut. Ya Allah, siksanya nak bersalin. Duduk sakit, baring pun sakit. Hati mula merintih-rintih. Ya Allah, siksanya sakit nak bersalin. Agaknya, inilah yang ibu aku alami ketika hendak melahirkan aku dulu. Sungguh, aku berasa insaf dan terhutang budi kepada ibuku kerana kelahiran aku ini.

Sakit semakin menjadi-jadi. Doktor pula entah ke mana. Aku dapat rasa yang anak aku sudah tidak sabar-sabar hendak menjenguk dunia. Aku cuba meneran tetapi nurse marah kerana doktor belum sampai. Aku dah sakit macam ni, kenapa nak kena tunggu lagi? Anak aku dah nak keluar ni!  Aku rasa nak ketuk-ketuk kepala nurse. Kalaulah anak aku tidak songsang tentu sahaja aku sudah bersalin sendiri. Aku terus menunggu dalam kegelisahan dan kesakitan. Mendengar orang sebelah  meraung kesakitan melahirkan anak pertama yang tak mahu-mahu keluar sehingga kena marah, aku mula kecut perut. Mulut aku tak henti-henti menyebut Allah, mohon dihilangkan kesakitan dan dicepatkan kelahiran ini. Dalam sakit, terbit juga rasa marah kepada orang sebelah. Buat apa menjerit, bukan anak tu boleh keluar ikut mulut. Marah juga akukepada orang sebelah kerana asyik merintih, menambah rasa takut aku.  Tak boleh jadi macam ni. Aku dah tak sanggup lagi menunggu lebih lama. Cepatlah datang doktor!!!!!

Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih mendengar permintaan aku.  Aku bersalin normal. Aku dapat rasa doktor memotong saluran peranakan, macam ibu aku gunting kain aje kerana bahagian yang keluar itu, punggung beserta peha. Nurse menunjukkan anak, lelaki. Wah, kepalanya berminyak-minyak. Rambutnya basah, hitam berkilat, rapi tersusun macam baru lepas sikat. Oh, itu tentu MKD yang aku minum, jadi minyak selusuh bersalin merangkap minyak rambut. Ok, selesai sudah bab bersalin tapi sakitnya belum habis. Bab menjahit pula bermula. Rasa terlalu lama nurse menjahit luka, tak siap-siap juga. Aku  dah berkerut-kerut menahan sakit.  Dahlah tadi siksa nak bersalin, sekarang sakit pula dijahit. Nurse, kenapa lama benar menjahit, tak siap-siap lagi ni. Dah tak tahan sakit dijahit ni. Luka awak banyak! Baru 13 jahitan, sikit lagi, siaplah. 13 jahitan? Berapa banyak lagi nak dijahit? Aku betul-betul tak sanggup lagi. Ok, siap! Berapa banyak nurse? 15 jahitan semuanya! Fuh, lega hati aku, jahitan dah siap.

Kisah sakit belum tamat....  Ada lagi ceritanya. Nanti saya sambung...

No comments: