Sambung Cerita Sakit Selepas Bersalin

Assalamualaikum. Nak sambung sikit lagi cerita sakit selepas bersalin yang tak habis ditulis semalam...

Masuk minggu kedua berpantang, nurse yang datang buat pemeriksaan kata anak aku ada jaundis sikit. Kemudian dia check jahitan bersalin. Ada yang terbuka, benang putus. Nurse suruh aku pergi ke hospital untuk jahit semula. Aku tanya, banyak ke nak kena jahit semula? Nurse tu kata, tak, sikit aje.  Aku tanya lagi, kalau tak jahit, tak boleh ke? Kata dia, nanti jadi tak cantik. Nanti suami tak suka pulak. Dengar nurse  kata begitu, aku jadi risau pulak. Nanti kalau dah tak cantik... Nanti husband aku.... Aku mula was-was antara nak pergi ke tidak. Sebenarnya hati tak mahu pergi sebab fobia kena jahit tak habis lagi. Sakitnya masih terasa. Aku pujuk hatiu, agaknya,  1/2 jahitan aje kot. Tak banyak tu, boleh bertahan. Oklah, aku ambil keputusan ikut cakap nurse.

Esok aku ke hospital dihantar oleh sepupu kerana suami aku sudah kembali ke Melaka. Seorang pembantu hospital, lela, bawa aku masuk ke bilik doktor. Hati aku mula cuak.  Takkan dia yang  nak jahit? Nanti dia tengoklah kat situ? Kalau bersalin tu, lainlah sebab terpaksa.  Hish tak boleh jadi ni. Malu aku! Ketika berperang dengan perasaan, doktor wanita masuk. Fuh, lega.  Kalau tak, mana aku nak sorok muka ni.

Aku disuruh duduk atas bed dan bermulalah adegan menjahit. Tus, tus, tus, terdengar bunyi sesuatu di telinga aku. Doktor buat apa tu? Buang semula jahitan lama. Bukan terus jahit aje yang terbuka tu? Tak, kena buka semua jahitan, baru boleh jahit semula. Semuanya,? Ya!. La, aku ingat jahit yang terbuka tu aje. Tak pulak nurse kata kena jahit semula semuanya. Ya, Allah, aku tak tahu nak kata apa lagi. Sakit dijahit kali pertama masih terasa, nak kena jahit sekali lagi? Doktor mula menjahit. Sakit! Perit! Ngilu, semua ada. Setiap kali doktor menusuk jarum, gigi aku terkacip kemas, mulut berdecit dan dahi berkerut menahan sakit, lebih sakit daripada kali pertama dijahit. Kalaulah aku tahu jadi begini, taubat aku tak ikut cakap nurse. Hodoh pun hodohlah. Ya Allah, cepatlah habis jahit.

Selesai sudah bab menjahit, aku terpaksa berjalan kaki ke wad bayi untuk menjenguk anak aku yang ditempatkan di sana kerana jaundis. Agak jauh juga. Aku berjalan terkepit-kepit, macam giesha Jepun, Terpaksa jalan begitu sebab sakit kena jahit yang menyengat-nyegat.. Takut pun ada, takut terputus semula jahitan dan kena jahit lagi. Tak sanggup aku.

Malamnya, aku tak dapat tidur kerana luka jahitan berdenyut-denyut. Walaupun mata sangat mengantuk dan bdan sangat letih tak aku tak dapat melelapkan mata walaupun seminit. Sakit menjadi-jadi. Dahlah aku  tak dapat tidur, sakit, anak pulak  asyik nak susu. Breast aku bengkak sebelah, sakit putingnya luka,  kes susu tak nak keluar ketika kali pertama anak aku menyusu.  Dahlah bawah sakit, atas pun sakit, hati mula diamuk marah. Aku jadi tension sungguh.

Hampir ke pagi aku masih tak dapat lelap. Duduk pun hanya sebelah punggung aje. Boleh duduk sekejap aje, lepas tu rasa lenguh sungguh. Jadi aku lebih banyak berdiri. Air cond wad pulak sejuk. Menggigil-gigil aku. Rasanya aku dah tak mampu nak bergerak ke mana-mana. Sakit dan sejuk bertimpa-timpa. Nasib baik aku pakai stoking masa nak datang ke hospital pagi tadi. Mungkin sebab banyak berdiri, kaki aku bengkak hingga separuh betis. Nampak macam kaki gajah pula.. Tak tahan menanggung sakit, aku mintak pain killer. Dua biji aku telan. Siang tu, barulah aku dapat berbaring, Dapatlah aku melelapkan mata. Hajat hati nak cover semalaman tak dapat tidur tapi anak aku asyik nak susu aje. Tapi oklah, sekurang-kurangnya aku dapat tidur juga tanpa sakit yang menganggu.

Dalam hati, aku buat perkiraan. Lepas pantang aku nak ambil perancang. Biar lama sikit aku dapat berehat. Fobia nak mengandung lagi, takut insiden serupa berulang. Nasib baik suami faham. Aku hamil anak kedua semasa anak sulung berusia 3 tahun. Alhamdulillah, kandungan aku normal. Nak jadi cerita, anak ke-3 pun songsang juga, sama keadaannya. Tapi aku tetap lahirnya secara normal. Anak ke-4 ada insiden sikit, lahir tak cukup bulan. Sebenarnya aku tak sedar pun aku mengandung. Suami tegur, dia kata perut aku buncit, kenapa? Mengandung ke? Aku kata tak sebab aku baru habis period. Rupa-rupanya benar, dah masuk 5 bulan pun. Aku period tiap bulan tapi mengandung. Pelikkan! Semasa kandungan aku masuk 8 bulan, aku terjatuh dan kepala aku terhantuk ke simen. 2 minggu aku tak dapat angkat kepala. 2 minggu juga aku tak mandi, main lap aje. Sebaik sahaja aku boleh bangun, terus aku sakit nak bersalin. Jadi anak aku lahir  pada usia kandungan aku 8 bulan lebih. Sebelum tu, aku kena tahan kat wad sebab air ketuban bocor. Banyak sungguh dugaan aku kan? Tapi aku redha. Dia beri rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Alhamdulillah, Allah izinkan anak ke-4 aku hidup, normal dan bijak tapi karenahnya  sampai aku rasa nak sakit jiwa pulak dibuatnya.  So sekarang ni, aku dah  ada 2 hero, 2 heroin. Rasanya dah cukup tu. Aku dah tutup kilang. Bye-bye!

Lupa nak cerita, semasa aku mengandung anak ke-3, aku pakai set kecantikan wajah Dr Azimuth,  ASTAXA BIOESSENCE yang mengandungi ASTAXANTHINE. Alhamdulillah, seperti mana yang Dr Azimuth kata produknya tidak ada kesan sampingan maka, kulit aku tiada alahan, tetap cantik walaupun perut boyot. Anak aku juga sihat. Alhamdulillah!

Aku nak buat testimoni, tak mahu pergi hospital ambil ubat kalau sakit. Aku nak amalkan produk kesihatan Dr Azimuth. Semasa pantang anak ke-3 aku ambil GAMATMAXX untuk cepatkan luka sembuh, minum KOPI TENAGA dan makan MAKAN MADU ISTERI. Sebenarnya semasa mengandung anak ke-3, suami aku berhenti kerja, balik kampung dan kami sepakat buka kedai runcit. Aku tak ambil pekerja jadi aku dan suami berdua sahaja menguruskan kedai runcit. Aku berpantang anak ke-3 kat rumah mak, 2 minggu aje kemudian suami ajak balik. Balik rumah, aku tak duduk diam pun, tak terbaring menghabiskan pantang 40 hari. Aku terus bekerja. Bayangkanlah, aku buka kedai 7.00 pagi hingga 12.00 malam. Semua kerja aku buat, aku bertinggung, membongkok. Aku tak fikir langsung kalau jahitan akan terbuka semua atau peranakan aku turun. Aku rasa sihat dan bertenaga sahaja, mungkin sebab aku minum KOPI TENAGA KOT dengan MADU ISTERI dan GAMATMAXX kot.

Jika badan rasa nak demam, cepat-cepat aku ambil MINYAK KELAPA DARA, terus tak jadi demam. Kadang-kadang tu, anak aku demam, baru aku bagi minum MKD, alhamdulillah, demamnya tak melarat. Masuk hari kedua, terus baik. Selama setahun aku tak jenguk hospital, ambil ubat. Aku dan keluarga makan produk kesihatan aje. Alhamdulillah, tak ada penyakit serius, setakat demam, batuk dan selsema yang tak menjadi aje. Aku juga jadi stakis daerah Kemaman, jual produk Dr Azimuth. Semasa mengandung anak bongsu, aku bukan kedai facial, sewa bangunan Tabung Haji Kemaman tapi aku terpaksa tutup selepas anak bongsu aku makin banyak karenah. Susah aku nak jumpa pelanggan. Dia asyik nak ikut lepas tu, duduk tak lama, tak sempat bercerita panjang pasal produk, dia dah meraung ajak balik. Tension lagi aku. Baik aku tutup kedai aje. Aku jual dari rumah pulak.

Oklah, bab bersalin, sakit, semua dah habis. Nanti aku nak kongsi  pengalaman menggunakan MKD DR AZIMUTH untuk sakit aku dan suami dalam artikel lain. Tunggu ya!



No comments: